KEMELESETAN EKONOMI DUNIA 1929: KESAN TERHADAP SEKTOR PERTANIAN DI SEBERANG PERAI, PULAU PINANG, 1929-1936

Main Article Content

Muhammad Yuzie Sharfizam Abu Bakar
Mohd Firdaus Abdullah

Abstract

ABSTRAK


Kajian ini meneliti sejauh mana Kemelesetan Ekonomi Dunia yang bermula pada tahun 1929 mempengaruhi pemikiran dan tindakan British dalam melindungi kepentingan sektor pertanian di Seberang Perai, Pulau Pinang, dari tahun 1929 sehingga tahun 1936.  Objektif kajian ini ialah untuk meninjau kesan-kesan Kemelesetan Ekonomi Dunia terhadap sektor pertanian, eksport pertanian dan penglibatan buruh  di Seberang Perai dalam tempoh yang dinyatakan. Seterusnya kajian ini menganalisis dan menilai langkah-langkah yang diambil dalam melindungi kepentingan sektor pertanian di Seberang Perai serta kesan-kesan yang timbul. Kajian ini merupakan penyelidikan mikro sejarah yang menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif serta kuantitatif. Bahan dan sumber kajian ini  diperoleh dari Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Kedah, Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, Perpustakaan Tun Sri Lanang dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian ini menemui bahawa kemelesetan ekonomi yang berlaku telah memberikan kesedaran kepada British untuk melindungi sektor pertanian di Seberang Perai ekoran  sumbangan signifikan sektor ini terhadap pendapatan kerajaan dalam tempoh yang dinyatakan.  Kajian ini mempunyai kepentingan tersendiri dalam menjadikan pengalaman sejarah sebagai rujukan dalam pemantapan polisi dan dasar ekonomi negara. Malah ia boleh dijadikan sebagai rujukan oleh pihak berwajib dalam menghadapi ancaman kemelesetan ekonomi yang terjadi dari semasa ke semasa.


Kata kunci: Kemelesetan Ekonomi, Sektor Pertanian, Tanah Melayu, British, Seberang Perai, Pulau Pinang

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles