Clash or Dialogue?

Authors

  • Stefan Bucher

Abstract

Kertas ini mengkritik teori "pertempuran peradaban' yang dikemukakan oleh Samuel Huntington. Ia juga mengkritik pendirian beliau yang menolak fahaman budaya majmuk ("multiculturalism") sebagai dasar Amerika. Penulis kertas ini menghujahkan peri pentingnya pluralisme budaya dan keuniversalan global diperjuangkan. Bagi mancapai matlamat itu, dialog adalah perlu. Seterusnya, penulis membincangkan keperluan dialog pada peringkat individu dan juga pada peringkat kelompok masyarakat sama ada yang bersifat keagamaaan atau sebaliknya. Matlamat dialog pada peringkat individu adalah untuk meningkatkan pembelajaran antara budaya, pengayaan budaya, dan kemajuan peribadi. Matlamat dialog pada peringkat kelompok pula adalah antara lainnya untuk mewujudkan budaya sepunya. Perbincangan tentang matlamat dialog disusuli dengan perbincangan tentang rintangan-rintangan terhadap dialog yang perlu diatasi. Di antara rintangan-rintangan yang dibincangkan ialah fahaman dan amalan agama yang bersifat kepuakan dan kepetualangan politik. Akhirnya penulis membincangkan tentang perlunya dimajukan konsep jatidiri manusia global yang baru, iaitu manusia sebagai warganegara dunia. Dua dokumen antarbangsa yang boleh dijadikan asas perbincangan konsep ini ialah Perisytiharan sejagat Hak-Hak Asasi Manusia yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1948 dan Perisytiharan Ke Arah Etika Global yang telah diluluskan oleh Parliamen Agama-Agama Sedunia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-01-17

How to Cite

Bucher, S. (2018). Clash or Dialogue?. KATHA- The Official Journal of the Centre for Civilisational Dialogue, 3(1), 31–44. Retrieved from http://jice.um.edu.my/index.php/KATHA/article/view/10574

Issue

Section

Research Article