Main Article Content

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan aktiviti dan pendekatan dakwah berasaskan konsep Ilmu Perbandingan Agama yang dilakukan melalui Mosque Tour Guide di Masjid Kristal, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Bagi mencapai tujuan tersebut organisasi dakwah yang telah dipilih ialah Persatuan Darul Fitrah Kuala Terengganu. Pengumpulan data melibatkan metode kepustakaan dan kajian lapangan. Manakala penganalisian data pula menggunakan metode deduktif dan induktif. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti dan pendekatan dakwah yang dilaksanakan oleh para sukarelawan dari Persatuan Darul Fitrah berasaskan Ilmu Perbandingan Agama telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan pelancong non-Muslim yang berkunjung ke tempat tersebut. Oleh itu, penggunaan ‘Ilmu Perbandingan Agama’ dalam kegiatan dakwah didapati mampu menjelaskan semula salah faham tentang Islam dan memberi informasi yang baru kepada pelancong bukan Islam yang melawat Masjid Kristal.

Keywords

Dakwah Mosque Tour Guide Perbandingan Agama Masjid Kristal

Article Details

How to Cite
Awang, A., Che Mat, A., Ismail, C. Z., Wan Jusoh, W. N. H., & Ng Abdullah, N. (2019). Dakwah Melalui Program Mosque Tour Guide Berasaskan Ilmu Perbandingan Agama di Masjid Kristal. Online Journal of Research in Islamic Studies, 6, 55–65. Retrieved from http://jice.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/20799