Seruan Kebangkitan Islam dalam Majalah Pengasuh oleh Tok Kenali dan Za’ba

Main Article Content

Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid

Abstract

Sejak awal abad ke 20, majalah-majalah keagamaan mula diterbitkan bertanggungjawab terhadap pelbagai isu, ini membolehkan majalah ini berperanan sebagai dua dalam satu; pertama ia membangkitkan semangat perjuangan di kalangan bangsa Melayu dan memupuk nilai-nilai mulia seperti yang dianjurkan oleh Islam. Antara majalah tertua dan banyak memberikan kesan pada abad ini ialah majalah Pengasuh. Semenjak kemunculannya yang lama iaitu kira-kira hampir 92 tahun, banyak karya-karya yang dihasilkan telah mempengaruhi jiwa bangsa Melayu. Artikel ini cuba mengetengahkan idea dan pandangan Tok Kenali dan Za’ba berkaitan dengan bangsa Melayu dalam artikel mereka yang diterbitkan oleh Pengasuh. Pandangan intelektual yang terkandung di dalam majalah ini dapat dikongsikan untuk kebaikan generasi masa kini. Antara isu-isu itu juga masih diperbahaskan dan diperdebatkan, sebagai contoh isu yang berhubung kebangsaan dan nilainilai bangsa Melayu. Artikel ini akan menunjukkan bagaimana isu-isu yang dibangkitkan oleh penulis-penulis awal ini dapat membina kemuliaan dan kemegahan sesebuah bangsa.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdul Hamid, F. @ A. F. (2013). Seruan Kebangkitan Islam dalam Majalah Pengasuh oleh Tok Kenali dan Za’ba. Jurnal Usuluddin, 37, 57–82. Retrieved from http://jice.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7461
Section
Articles