Bacaan Intertekstual Teks Fadilat dalam Tafsīr Nūr Al-Iḥsān

Main Article Content

Mohd Sholeh Sheh Yusuff
Mohd Nizam Sahad

Abstract

Tafsīr Nūr al-Iḥsān yang ditulis oleh Muhammad Said bin Umar alQadḥī adalah antara karya tafsir yang lengkap dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, karya tafsir ini dikritik kerana pengarang tidak menyatakan sumber pemikiran yang terkandung dalamnya. Oleh itu, makalah ini mengkaji kembali sumber-sumber yang relevan bagi tafsir ini. Dengan menggunakan teori intertekstual, makalah ini mengesan dan memperlihatkan pengaruh sumber teks luar yang terdapat dalam teks Tafsīr Nūr al-Iḥsān, dengan mengambil kes-kes mengenai teks fadilat surah, ayat dan alam sebagai contoh. Analisis Tafsīr Nūr al-Iḥsān ini menggunakan bacaan intertekstual yang diasaskan oleh Mikhail Bakhtin dan dikembangkan pula oleh Julia Krestiva. Akhirnya, didapati terdapat enam buah karya yang telah mempengaruhi inti pati teks fadilat karya ini iaitu Tafsīr al-Jamal, Tafsīr al-Qurṭubī, Tafsīr al-Rāzī, Tafsīr al-Bayḍāwī, Tafsīr al-Jalālayn dan Tafsīr alKhāzin, menjadikannya sebuah karya yang mempunyai rujukan muktabar. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Sheh Yusuff, M. S., & Sahad, M. N. (2013). Bacaan Intertekstual Teks Fadilat dalam Tafsīr Nūr Al-Iḥsān. Jurnal Usuluddin, 37, 33–56. Retrieved from http://jice.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7459
Section
Articles