Main Article Content
Abstract
Takhrij al-Furuʻ ʻala al-Usul adalah pengeluaran hukum berdasarkan kaedah pengeluaran hukum yang diasaskan oleh imam – pengasas mazhab fiqh dalam Islam- atau berdasarkan kaedah hukum yang telah diasaskan oleh pengikut mazhab dan diterima sebagai metode istinbat hukum yang sah dalam mazhab. Tujuan penulisan ini adalah ingin mengkaji sejarah perkembangan ijtihad dalam ruang lingkup mazhab - Takhrij al-Furuʻ ʻala al-Usul. Fokus kajian adalah berkenaan dengan definisi Takhrij al-Furuʻ ʻala al- Usul, kepentingannya, sejarah perkembangan, buku-buku utama yang ditulis dalam bidang ini, dan peranannya dalam mengistinbatkan hukum Syarak dalam ruang lingkup mazhab. Kajian mendapati Takhrij al-Furuʻ ʻala al-Usul adalah satu metode istinbat hukum yang digunakan oleh para ulama` dan fuqaha` mazhab. Ia juga memberi sumbangan yang besar dalam mengembangkan mazhab, mengeluarkan hukum dalam sempadan sesuatu mazhab, dan memastikan bahawa hukum Shariah yang diistinbatkan oleh sesuatu mazhab kekal relevan dalam mendepani cabaran perubahan masa dan situasi.
Keywords
Article Details
By submitting manuscripts to the Journal of Al-Tamaddun, authors agree to transfer copyright to the journal. However, authors may republish their work or grant others permission to republish it; in which case it should be accompanied by a proper acknowledgment that the work was originally published in the Journal of Al-Tamaddun. The journal adopt CC-BY-NC licence which authors may also share and distribute their article anywhere of non-commercial website, social media and repositories immediately on publication.
Authors may also reuse the Abstract and Citation information (e.g. Title, Author name, Publication dates) of their article anywhere at any time including social media such as Facebook, blogs and Twitter, providing that where possible a link is included back to the article on the journal site.