Main Article Content

Abstract




Artikel ini membincangkan tentang sumbangan seorang pakar tarannum terkenal di Malaysia iaitu Dato’ Hajjah Rogayah binti Sulong dalam pengajaran tarannum al-Quran di Malaysia. Sebagaimana diketahui bahawa ilmu tarannum merupakan salah satu komponen utama ke arah memperelokkan bacaan melalui tahsin al-sawt berdasarkan dalil daripada al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Kajian tentang manhaj pengajaran dan pembelajaran tarannum masih kurang. Justeru itu, artikel ini dapat menjadi salah satu sumber rujukan tentang aspek pendidikan ilmu tarannum. Dengan demikian itu, penulisan ini memfokuskan kepada pemahaman terma manhaj, penjelasan mengenai biodata Dato’ Hajjah Rogayah binti Sulong, pengertian ilmu tarannum dan manhaj Dato’ Hajjah Rogayah dalam tarannum al-Quran. Metodologi kajian adalah berdasarkan pemerhatian turut serta dan kajian temubual. Secara umumnya, Dato Hajjah Rogayah memfokuskan kepada tarannum bil Quran melalui pemilihan ayat-ayat dalam surah-surah yang tertentu.




Keywords

Sumbangan, Rogayah binti Sulong, pengajaran dan pembelajaran, tarannum, al-Quran

Article Details

How to Cite
Omar, N., & Mohd Yusoff, M. Y. @ Z. (2017). SUMBANGAN DATO’ HAJJAH ROGAYAH BINTI SULONG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TARANNUM AL-QURAN (Contribution of Dato’ Hajjah Rogayah Binti Sulong in Teaching and Learning of Tarannum al-Quran). Journal of Al-Tamaddun, 12(2), 73–85. https://doi.org/10.22452/JAT.vol12no2.6