Main Article Content

Abstract




Remaja muslim adalah aset negara yang perlu dibangunkan identitinya sesuai dengan perkembangan dan keperluan negara bertamadun. Kejayaan sesebuah negara di masa hadapan adalah terletak kepada kualiti dan daya tahan generasi remaja dalam memimpin masyarakat ke arah kejayaan. Sejarah ketamadunan Islam memaparkan kejayaan Rasulullah SAW membentuk Zubair bin al Awwam dan Talhah bin Ubaidullah yang memiliki identiti remaja hebat. Artikel inimenggunakan kaedah soal selidik. Terdapat 41 item soalan dalam set soal selidik berkenaaan yang dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian I, berkaitan dengan latar belakang responden, manakala bahagian II dan bahagian III meneroka impak pembelajaran sirah ke atas diri remaja. Hasil dapatan menunjukkan bahawa potensi silibus pendidikan dalam pembentukan identiti diri remaja muslim di Malaysia adalah sederhana. Kesimpulannya, kajian mencadangkan agar pembelajaran sirah bukan sekadar diteruskan malah harus dipertingkatkan kandungan yang berkaitan dengan kisah-kisah remaja Islam pada zaman awal Islam sebagai teladan.




Article Details

How to Cite
Ali @ Mat Zin, A., & Buchik, M. (2017). ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA (Issues and Challenges on Muslim Teenagers’ Education in Malaysia). Journal of Al-Tamaddun, 12(2), 41–49. https://doi.org/10.22452/JAT.vol12no2.4